Tempat Lepak Menarik di Kuala Kangsar !
Warung Telaga.
Assalamualaikum dan haiii semua ! Lokasi yang akan saya bawa kamu semua pada hari ini ialah Kuala Kangsar, Perak. Seperti yang anda semua tahu, pada setiap negeri pasti ada tempat lepak menarik yang akan menjadi “port” untuk berjumpa kawan-kawan atau “family gathering”.
Warung Telaga ini menyajikan menu laksa sarang. Apa yang istimewa adalah pemandangan indah sawah padi, serta hiasan dalaman yang menampilkan tema klasik Melayu seperti berada di kampung halaman.
Kredit gambar: Facebook @Warung Telaga Kuala Kangsar
Kredit gambar: Google
Kredit gambar: Google
Warung Telaga ini agak ke dalam sikit dari jalan besar. Namun begitu, masih ramai orang akan mengunjung warung telaga ini untuk menikmati laksa telur sarang. Cara nak cam jalan masuk ke warung ini amat senang, anda semua kena cari bangunan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz. Lorong masuk ke Warung telaga ini bertentangan dengan bangunan tersebut. Dan di lorong itu, korang akan perasan signboard seperti dalam gambar di atas.
Bertemakan konsep "Klasik" Warung Telaga dihiasi dengan barang barang yang boleh mengimbau nostalgia lama. Marilah pakat-pakat semua datang bergambar di warung telaga sambil menikmati pelbagai jenis hidangan di sini!
Kredit gambar: instagram@Warung Telaga Kuala Kangsar
Warung Telaga ini bukan sahaja menarik perhatian orang muda sahaja malah orang lama juga selalu menjadikan warung ini sebagai "port" untuk mengisi masa petang mereka.
Kredit gambar: instagram@Warung Telaga Kuala Kangsar
Jika anda semua mempunyai waktu lapang dan hobi awak ialah mencari tempat lepak yang menarik dan makanan kegemaran awak ialah laksa, anda semua bolehla ke Warung Telaga untuk merasai sendiri kenikmatan laksanya dan keindahan kawasannya.
Waktu operasi warung ini ialah dari pukul 3 petang sehingga 8 malam pada setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat.
Alamat: Batu 30, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
Klik di sini untuk "explore" lebih lanjut tentang Warung Telaga Kuala Kangsar.








Ulasan
Catat Ulasan